Jumaat, 8 Februari 2019

Kejayaan Zon Enggang

Pada 25 Jan 2019 bertempat di Dewan CME, Hospital Tapah  telah diadakan Perhimpunan Bulanan Januari 2019 & Pelancaran  Program Pain Free Hospital . Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Kejururawatan, Unit Kualiti & Wad Lelaki. Pada hari tersebut telah berlangsung penyampaian sijil dan hadiah untuk pertandingan Laman Maya Terbaik Eksa yang dijalankan sepanjang bulan Disember 2017. Zon Enggang telah mendapat tempat Kedua. Kejayaan ini merupakan kerjasama diantara semua staff wad lelaki. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada kami untuk menjadikan zon kami antara zon terbaek di masa hadapan.