Penjenamaan Semula 5S kepada EKSA

PENJENAMAAN SEMULA 5S KEPADA EKSA              (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)


EKSA, singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam, telah diperkenalkan  bagi penjenamaan semula 5S -Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) Cetakan 1 2015 MAMPU.

Justeru, nama EKSA akan digunapakai bagi menggantikan nama 5S dalam garispanduan ini.
 
                                        
                                  







Tujuan penjenamaan semula
  • Menampilkan imej baru

  • Kekal relevan

  • Mempunyai identiti tersendiri

  • Membudayakan amalan EKSA secara lebih menyeluruh

  • Memenuhi keperluan semasa





Objektif penjenamaan semula
  • Dapat menampilkan imej korporat

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

  • Melahirkan warga hospital yang lebih kreatif dan inovatif

  • Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green)











Faedah melaksanakan EKSA
  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)

  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi

  • Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran

  • Meningkatkan imej hospital

  • Menjana idea kreatif di kalangan warga hospital

  • Meningkatkan semangat kerja berpasukan

  • Meningkatkan disiplin warga hospital

  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

  • Mewujudkan piawaian kerja yang jelas