Antara promosi yang di jalankan :
- HARI GOTONG -ROYONG EKSA
Hari gotong royong yang diadakan pada 17 Dec 2016 bersamaan hari Sabtu. Tempat
pendaftaran di Klinik Susulan. Pemulaan majlis dimulai dengan Senam Aerobik di dewan CME, Hosp Tapah. Semua staff yang terlibat bergerak ke zon masing - masing untuk melakukan gotong royong.
- PERLANTIKAN AJK PROMOSI ZON SEBAGAI PEMBACA SIARAYA
Semua AJK PROMOSI di setiap ZON dilantik sebagai Pembaca Siaraya mengikut giliran. Waktu yang dicadangkan untuk Siaraya adalah pada waktu pagi dan ptg. objektif supaya semua kakitangan Hospital Tapah mempunyai pengetahuan tentang EKSA.
- HARI EKSA HOSPITAL TAPAH
Hasil Mesyuarat EKSA bil 2/2017 bersama Ketua Zon EKSA Hospital Tapah dan pembentangan Laporan Audit Zon yang bersidang pada 22 Februari 2017 telah
membuat ketetapan Hari EKSA Hospital Tapah
Hari : Setiap Hari Jumaat mulai 3 Mac 2017
Waktu : 2:45Pm- 5:00PM
Aktiviti : segala aktiviti berkaitan dengan kearah pensijilan EKSA
Penglibatan : semua warga Hospital Tapah mengikut kesesuaian waktu bekerja yang diselia sepenuhnya oleh ketua zon masing- masing
- MELETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR "REVERSE PARKING" DIKAWASAN HOSPITAL TAPAH
- Dalam mesyuarat EKSA bil 4/2017 ahli mesyuarat telah bersetuju memutuskan pelaksanaan meletak kenderaan secara mengundur "reverse parking" dikawasan Hospital Tapah mulai tarikh 4 Mei 2017.