PENDAHULUAN
Wad Lelaki adalah wad terbuka multidisiplin iaitu terdiri daripada Perubatan Am, Pembedahan Am dan Orthopedik. Jumlah katil rasmi adalah sebanyak 30 katil .
Semua pesakit dimasukkan ke wad melalui kaunter pendaftaran selepas pesakit diperiksa oleh Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan atau Klinik Susulan.
Rondaan klinikal untuk pesakit dilakukan secara berkala oleh Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya sekali sehari dan bila perlu.Rawatan yang diarahkan perlu dilaksanakan, direkod dan ditandatangani pada carta yang disediakan. Perawatan perubatan dan penyiasatan
INOVASI EASY SPACE
Rondaan
klinikal untuk pesakit dilakukan secara berkala oleh Pegawai Perubatan
sekurang-kurangnya sekali sehari dan bila perlu.Rawatan yang diarahkan perlu dilaksanakan,
direkod dan ditandatangani pada carta yang disediakan. Perawatan perubatan dan
penyiasatan termasuk ujian makmal yang diarahkan dicatat dalam case note
pesakit.
Bekas spesimen atau tiub bagi ujian makmal yang diarahkan
perlu disediakan segera semasa rondaan oleh jururawat yang menjaga bagi
memudahkan pengambilan spesimen oleh jururawat bagi shif yang seterusnya.
MASALAH
SEBELUM INOVASI
Bekas spesimen atau tiub bagi ujian makmal yang diarahkan perlu disediakan segera semasa rondaan oleh jururawat yang menjaga bagi memudahkan pengambilan spesimen oleh jururawat bagi shif yang seterusnya. Bekas spesimen atau tiub bagi ujian makmal yang disediakan tadi diletakkan di tempat yang kurang sesuai dan tidak bersistematik
KAEDAH
SELEPAS INOVASI
Setelah Easy Space terhasil , ia boleh digunakan semasa
rondaan Pegawai Perubatan. Bekas spesimen atau tiub bagi ujian makmal yang
diarahkan dapat disediakan segera dan ditempatkan di dalam Easy Space semasa
rondaan oleh jururawat yang menjaga bagi memudahkan pengambilan spesimen oleh
jururawat bagi shif yang seterusnya.
FAEDAH
PERLAKSANAAN INOVASI
Setelah Easy Space terhasil ia bukan sahaja memberi akses
yang mudah kepada jururawat malah ia dapat menjimatkan masa serta mewujudkan
carakerja yang lebih bersistematik di dalam proses pengambilan spesimen yang
diarahkan.
Selain itu ia juga proses penggunaan Easy Space dapat
menyeragamkan tatacara kerja yang sistematik dan teratur.
INOVASI EASY BOX BORANG
Setelah Easy Space terhasil ia bukan sahaja memberi akses yang mudah kepada jururawat malah ia dapat menjimatkan masa serta mewujudkan carakerja yang lebih bersistematik di dalam proses kerja.