PRODUK INOVASI EZ SUCTION STAND
1) Tapak kerusi yang rosak
Merupakan satu produk yang dihasilkan bagi mempercepatkan proses sedutan kahak kepada pesakit bagi melapangkan saluran pernafasan. Disamping itu produk ini dapat melapangkan unit pesakit serta kelihatan kemas seterusnya memberi keselesaan kepada pesakit.
MASALAH SEBELUM INOVASI
Tidak terdapat tempat yang sesuai untuk meletakkan beberapa peralatan dan kelengkapan bagi menjalankan prosedur tersebut seperti suction catheter dan suction set serta beberapa kelengkapan yang lain.
PENERANGAN PROJEK INOVASI
Projek ini dihasilkan tanpa mengeluarkan modal yang besar kerana menggunakan bahan terpakai. EZ Suction Stand ini bercirikan
- mudah dicuci iaitu terpelihara dari kawalan infeksi
- mempercepatkan proses sedutan kahak kepada pesakit
- menjalankan proses kerja yang lebih bersistematik dan teratur
Bahan - bahan yang digunakan :
1) Tapak kerusi yang rosak
KAEDAH SELEPAS INOVASI
Setelah EZ Suction Stand terhasil , ia boleh digunakan bila perlu dan tersedia untuk digunakan.
FAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Setelah EZ Suction Stand terhasil :
- mempercepatkan proses sedutan kahak kepada pesakit bagi melapankan saluran pernafaan
- melapangkan unit pesakit serta kelihatan kemas seterusnya memberi keselesaan kepada pesakit
- memberi nilai tambah untuk pelbagai kegunaan dan bukan sahaja untuk prosedur sedutan kahak semata-mata