Jumaat, 14 Disember 2018

Wad Lelaki telah menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri, Perak pada 30 OKTOBER 2018 dengan menghasilkan produk EASY SPACE. Hasil inovasi ini boleh digunakan semasa rondaan Pegawai Perubatan. Bekas spesimen atau tiub bagi ujian makmal yang diarahkan dapat disediakan segera dan ditempatkan di dalam Easy Space semasa rondaan oleh jururawat yang menjaga bagi memudahkan pengambilan spesimen oleh jururawat bagi shif yang seterusnya. Wad Lelaki diwakili oleh KJ Azah BT Ismail dan SN Noor Shuhada BT Salleh.